Please install and activate the "Revolution Slider" plugin to show the slides.

Penyembuhan Luka adalah Keghairahan Kami

Terletak di Jalan Pahang, klinik kami diusahakan oleh pakar penjagaan kesihatan bertauliah yang tertumpu kepada penjagaan luka. Misi kami ialah untuk menyelamatkan anggota dan nyawa.

Kami mempunyai keghairahan terhadap menyembuhkan luka-luka yang sukar sembuh. Kakitangan klinikal kami membawa lebih 40 tahun kepakaran penjagaan luka kepada anda. Kami gembira melihat transformasi dan hasil yang positif setelah pesakit kami sembuh. Kami percaya bahawa semua orang berhak mendapat penjagaan yang terbaik dan paling inovatif.

Mengapa Pilih Kami

Klinisian tertumpu kepada penjagaan luka.

Para klinisian kami mengenalpasti pilihan rawatan terbaik bagi anda.

Pilihan penjagaan di rumah yang mudah juga tersedia.

Jimat masa dengan teleperubatan dan persidangan video.

Misi Kami

Kami di sini untuk mengembalikan semula harapan kepada para pesakit dengan luka kronik. Kami menyelamatkan anggota dan menyelamatkan nyawa menggunakan teknologi pintar, terapi inovatif dan dengan pasukan pakar yang berdedikasi

Temulah Pasukan Kami

Kakitangan Klinik Inocare dipimpin oleh para doktor yang mempunyai keghairahan untuk penjagaan luka yang boleh memberikan anda pelan rawatan diperibadikan terbaik

Dr. R. S. Kumar

Dato’ Dr. R. S. Kumar memulakan kerjaya beliau sebagai seorang doktor pada tahun 1977 dengan Kementerian Kesihatan dan telah memegang pelbagai jawatan. Pada 2002, setelah hampir 20 tahun dalam praktik swasta, beliau menyertai Kumpulan Perubatan Qualitas sebagai Pengarah Perubatan bagi Poliklinik Central and Surgery di Gombak, Kuala Lumpur. Dr. Kumar telah dianugerahkan Fellowship of the Indian Academy of Medical Specialities in Family Medicine pada tahun 2003.

Semasa bertugas di Qualitas, beliau telah berkhidmat sebagai Pengarah Perkhidmatan Perubatan bagi Kumpulan tersebut dan seterusnya sebagai Pengerusi Lembaga Tadbir Urus Perubatan. Kini beliau merupakan Penasihat Perubatan bagi Kumpulan itu.

Dr. Kumar mempunyai minat yang khas dan mendalam bagi pengurusan penjagaan luka dalam penjagaan kesihatan primer dan merupakan perintis dalam penubuhan Klinik Inocare pertama di Kuala Lumpur. Qualitas berancang untuk membuka lebih banyak klinik penjagaan luka di rantau-rantau lain di Malaysia pada masa depan terdekat.

Dr. Ramon Varughese

Dr. Ramon Varughese menamatkan pengajian dengan Ijazah Sarjana Perubatan dan Ijazah Sarjana Pembedahan daripada Universiti Manipal, India pada 2007. Beliau pernah berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia dan mempunyai pengalaman bekerja di kawasan pedalaman dalam keadaan-keadaan berbeza sambil membangunkan kemahiran beliau dalam perubatan akut, pembedahan dan penjagaan kesihatan primer. Dr. Ramon juga merupakan Ketua Pegawai Perubatan bagi Kumpulan Perubatan Qualitas

Dr. Philip Thomas

Dr. Philip Thomas memulakan kerjaya beliau sebagai doktor perubatan pada 2006 selepas menamatkan pengajian di Kolej Perubatan Manipal Melaka. Beliau telah bekerja di beberapa hospital di Malaysia, dan meraih pengalaman meluas dalam pelbagai bidang perubatan, termasuklah pengurusan penjagaan luka di bahagian penjagaan luka di Hospital Kuala Lumpur. Beliau seorang klinisian yang mempunyai minat mendalam dan sentiasa terbuka hati untuk merawat pesakit beliau dengan cukup keprihatinan dan empati. Dr. Philip kini dalam proses memperoleh MBA dalam Pengurusan Penjagaan Kesihatan daripada Universiti Cumbria, UK.

Baljit Kaur

Jururawat Berdaftar kami, Puan Baljit, mempunyai pengalaman tujuh tahun keseluruhannya sebagai jururawat klinikal dan mengkhusus dalam penjagaan luka dan rawatan oksigen hiperbarik. Beliau merupakan Pengamal Kejururawatan Berdaftar di Malaysia dan Singapura dan mendapat pensijilan bagi kesihatan hiperbarik daripada Australia.

Lawatilah Kami

Hubungi kami untuk mendapatkan penilaian luka dan untuk merancangkan pelan rawatan anda.

Kami akan menghasilkan penyelesaian bagi anda yang mengambilkira keadaan luka, kemampuan kewangan dan pergerakan anda, demi memberikan luka anda peluang terbaik untuk pulih.

Galeri

Pilihan Rawatan

ms_MYMalay